Tarikh : 03 & 04 September  2018

Masa  : 8.00 Pagi -5.00 Petang

Lokasi : PUSAT INTERNET FORT RANEE

Peserta : 11 orang ( Pelajar GIATMARA Saratok )

Tujuan

Untuk meningkatkan ilmu kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ICT kepada para belia dan komuniti setempat. Selain itu, mampu memberi kesedaran tentang bahaya penggunaan internet dengan tidak berhemah. tambahan pula, para belia dan komuniti setempat diberi pendedahan tentang ilmu keusahawaan serta kaedah pemasaran barangan secara online.

Aktiviti

Kelas ICT melibatkan aktiviti sesi pembelajaran secara mendalam dalam bidang ilmu ICT. Sesi pembelajaran tersebut termasuk penggunaan Microsoft Word 2010 dan Microsoft Excel 2010 yang diberi tunjuk ajar secara meluas kepada pererta. Selain itu, peserta diajar untuk muat naik gambar produk di Dashboard My Shop & pemeriksaan kesihatan di My Health.

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti

Antara kebaikan aktiviti adalah memberikan kefahaman kepada komuniti tentang pentingnya menjaga adab dalam penggunaan internet. Selain meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT dan penguasaan mereka menggunakan perisian-perisian komputer, aktiviti ini memberikan galakan positif tentang cara menggunakan internet dengan bijak melalui KDB. Tambahan pula, dengan menyumbangkan ilmu keusahawaan kepada komuniti dapat membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi komuniti.

Gambar Aktiviti Sepanjang Bulan September 2018