1. KURSUS ICT : KDB & MICROSOFT OFFICE 2010
Tarikh : 11 Januari 2019 Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Lepasan SPM (8 orang) |
Tujuan
Memberi pendekatan dan kesedaran kepada para peserta dalam mendalami ilmu menggunakan Microsoft Ofiice 2010. Selain itu, galakan kepada komuniti tentang penggunaan internet secara berhemah serta dashborad Komuniti juga diperkenalkan kepada para peserta.
Aktiviti
Kelas ICT melibatkan aktiviti sesi pembelajaran secara mendalam dalam bidang ilmu ICT. Sesi pembelajaran tersebut termasuk penggunaan Microsoft Word 2010, Microsoft Power Point 2010 dan Microsoft Excel 2010 yang diberi tunjuk ajar secara meluas kepada pererta. Selain itu, peserta diajar untuk muat naik gambar produk di Dashboard My Shop & pemeriksaan kesihatan di My Health.
2. PROGRAM CERAMAH
* Ceramah Bahaya Dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Betong
* Ceramah Keselamatan dan Pencegahan Jenayah oleh Agensi Polis Saratok
Tarikh : 18 Januari 2018 Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : SMK Kalaka Roban Peserta : 130 pelajar |
Tujuan
Mendedahkan secara terperinci kepada para pelajar berkaitan bahaya dan kesan-kesan buruk dadah dalam kehidupan. Selain itu, para pelajar diberi penekanan tentang keselamatan dan pencegahan jenayah serta akibat sekiranya terlibat dalam kes-kes laku jenayah.
Aktiviti
Taklimat secara terperinci oleh agensi-agensi jemputan bagi memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai hal yang berkaitan dadah, keselamatan dan jenayah.
3. PROGRAM DEMO BERUS GIGI BERSAMA KLINIK GIGI SARATOK
Tarikh : 18 Januari 2019 Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi Lokasi : Parkir Kereta Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Pelajar Tadika KEMAS |
Tujuan
Memberi demo cara memberus gigi mengikut cara yang betul dan teratur kepada para pelajar.
Aktiviti
Aktiviti demo memberus gigi dalam kalangan para pelajar oleh agensi jemputan iaitu Klinik Gigi Saratok. Memdedahkan cara yang sepatutnya memberus gigi kepada mereka.
4. KELAS BAKERI PUAN NOORHAFIZAH
Tarikh : 26 Januari 2019 Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengha hari Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Komuniti (Wanita) |
Tujuan
Kelas asas bakeri dan pembuatan kek bersama Puan Noorhafizah di Pusat Internet Pekan Roban
Aktiviti
Memperkenalkan cara-cara asas pembuatan kek kepada peserta yang berminat dan hadir. Selain itu, peserta juga didedahkan salah satu resepi bajet, ringkas dan sedap. Penggunaan semua bahan dan perkakas diberi tunjuk ajar kepada para peserta termasuklah sukatan-sukatan bahan yang perlu digunakan serta cara yang sebetulnya bermula daripada langkah awal iaitu menguli adunan sehinggalah membakar kek menggunakan ketuhar (oven).
5. Kelas Makeup / Solek Mary Kay Bersama Miss Theresa Chaong (Januari 2019)
Tarikh : 27 Januari 2019 Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : 13 orang (Wanita) |
Tujuan
Kelas Asas Solekan bersama fasilitator Miss Theresa Chaong di Pusat Internet Pekan Roban
Aktiviti
Memperkenalkan produk MARY KAY (MK) kepada peserta yang berminat dan hadir. Selain daripada belajar asas penjagaan muka dan asas solekan, fasilitator juga memberitahu fungsi setiap produk Mary Kay untuk pemahaman dan kebaikan produk tersebut. Tambahan pula, perihal kepentingan menjaga kecantikan dan penampilan juga didedahkan kepada peserta yang hadir.
GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG JANUARI 2019