PROGRAM JOM SIHAT PUSAT INTERNET PEKAN ROBAN 2019

Tarikh   : 19 Januari 2019

Masa     : 7.00 pagi - 2 petang

Lokasi   : Parkir Kereta Pusat Internet Pekan Roban

Peserta  : Komuniti

 

Tujuan

Mendedahkan kepada komuniti tentang kebaikan dan pentingnya menjaga kesihatan diri. Selain itu, program ini dianjurkan bagi memberi penekanan kepada komuniti bahawa adalah satu keutamaan bagi mereka memeriksa kesihatan tubuh badan. Di samping itu, hubungan silaturrahim dan kerjasama dalam kalangan komuniti dapat dieratkan.

Aktiviti

Akitiviti yang dianjurkan untuk program ini termasuklah zumba, program derma darah, program pemeriksaan kesihatan, pertandingan sarapan sihat, perlawanan street soccer, sukaneka ( kategori individu dan berkumpulan), pertandingan mewarna kategori kanak-kanak, usahawan dalam kalangan belia dan pertandingan poster makanan sihat.

GAMBAR PROGRAM JOM SIHAT