1.  TAYANGAN KDB & KELAS MICROSOFT OFFICE 2010

Tarikh   : 11 & 12 Mei 2019

Masa     : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Menengah (6 orang)

 

Tujuan

Memberi pendekatan dan kesedaran kepada para pelajar dalam mendalami ilmu menggunakan Microsoft Office 2010. Selain itu, galakan tentang penggunaan internet secara berhemah dengan mengamalkan konsep Klik Dengan Bijak melalui tayangan KDB kepada para pelajar.

Aktiviti

Kelas melibatkan aktiviti sesi pembelajaran secara mendalam dalam bidang ilmu ICT terutamanya penggunaan Microsoft Office 2010 secara meluas kepada para pelajar sekolah. Selain itu, peserta didedahkan dengan tayangan KDB bagi memberi penyedaran tentang kepentingan penggunaan internet secara betul dan bijak.

 

2.  KDK, E-PEMBELAJARAN (PERMAINAN DALAM TALIAN MENAIP)

Tarikh   : 17 Mei 2019

Masa     : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Menengah (5 orang)

 

Tujuan

Para pelajar sekolah menengah diberi tunjuk ajar cara mengenai cara menaip dengan cepat dan betul.

Aktiviti

KDK dan E-Pembelajaran ini melibatkan pelbagai aktiviti sesi pembelajaran. Salah satunya adalah memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai cara menaip dengan batul dan cepat. Para belia yang terlibat juga diberikan latihan yang melibatkan penggunaan Microsoft Office 2010 bagi memantapkan lagi kefahaman mereka menghadiri kelas ini.

 

GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG MEI 2019