1.  KDB & PERMAINAN MENAIP

Tarikh   : 14 JUN 2019

Masa     : 2.00 petang - 3.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah (7 orang)

 

Tujuan

Memberi pendekatan dan kesedaran kepada para pelajar dalam bijak menggunakan teknologi ICT terutamanya melalui perkongsian di sosial media.

Aktiviti

Kelas melibatkan aktiviti sesi pembelajaran secara mendalam dalam bidang ilmu ICT terutamanya peserta didedahkan dengan tayangan KDB bagi memberi penyedaran tentang kepentingan penggunaan internet secara betul dan bijak. Selain itu, permainan menaip juga turut diadakan kepaqda para pelajar.

 

2.  ADVOKASI, PERTANDINGAN MENAIP (DEWASA), AKTIVITI MEWARNA (KANAK-KANAK) & RAMAH TAMAH AIDILFITRI FORT RANEE

Tarikh   : 15 JUN 2019

Masa     : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari

Lokasi   : Pusat Internet Fort Ranee

Peserta  : Dewasa dan Kanak-kanak (41 orang)

 

Tujuan

Memupuk hubungan silaturrahim antara komuniti dan petugas di Pusat Internet di samping mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan penggunaan ICT dalam kalangan komuniti termasuk kategori dewasa dan kanak-kanak.

Aktiviti

Advokasi dan pertandingan turut diadakan. Antara pertandingan tersebut termasuk pertandingan menaip bagi kategori dewasa dan pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak. Di samping itu, melalui jamuan makan bersempena Ramah Tamah Aidilfitri 2019 turut juga diadakan.

 

2.  KELAS CELIK ICT

Tarikh   : 24 JUN 2019

Masa     : 9.00 pagi - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Roban

Peserta  : Lepasan SPM (1 orang)

Tujuan

Memberi pendekatan kepada pesertaberkaitan penggunaan ICT terutamanya Microsoft Office 2010.

Aktiviti

Kelas melibatkan aktiviti sesi pembelajaran secara mendalam dalam bidang ilmu ICT terutamanya peserta didedahkan dengan penggunaan Microsoft Office 2010 iaitu termasuklah Microsoft Word 2010, Microsoft Power Point 2010 dan Microsoft Excel 2010. 

 

GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG JUN 2019