1. KLIK DENGAN BIJAK & MEMBINA SIJIL
Tarikh : 16 November 2019 Masa : 2.00 petang - 3.30 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Mengajar pelajar membina sijil menggunakan Microsoft Word
Aktiviti
Peserta diajar membuka aplikasi dan menggunakan aplikasi untuk mereka sijil. Latihan dibuat dengan mengikuti tunjuk ajar petugas. Peserta diberi kebebasan untuk memilih jenis font dalam menghasilkan sijil.
2. TAYANGAN KLIK DENGAN BIJAK & MEMBINA KAD PERNIAGAAN
Tarikh : 17 November 2019 Masa : 2.00 petang - 3.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Memberi penerangan kepada pelajar tentang KDB serta membuat kad perniagaan.
Aktiviti
Menerangkan kepada pelajar apa itu Klik Dengan Bijak supaya tidak menyalahgunakan internet dan mengajar pelajar untuk mencipta kad perniagaan menggunakan Microsoft Word. Pelajar bebas mencipta rekaan kad perniagaan sendiri mengikut kreativiti masing-masing.
3. KELAS KEUSAHAWANAN & DASHBOARD (MY SHOP)
Tarikh : 24 November 2019 Masa : 8.30 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Belia dan Lepasan Sekolah |
Tujuan
Memperkenal dan mengajar peserta penggunaan apikasi Dashboard Komuniti untuk membuat hebahan di MyKomuniti dan membuat promosi dan jualan produk di MyShop.
Aktiviti
Suntingan imej produk, Upload produk di My Shop, Download Dashboard.
4. KUIZ ICT DAN ADVOKASI ONLINE
Tarikh : 24 November 2019 Masa : 8.30 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Warga Emas, Belia, Wanita, Pelajar Sekolah |
Tujuan
Mengajar peserta membuat carian maklumat di internet, menjawab kuiz yang berkaitan dengan ICT, mengarang artikel dan upload dalam Dashboard (My Komuniti).
Aktiviti
Kuiz ICT (Kahoot), menghasilkan origami, puzzle online, mewarna warga emas, mewarna anak & ibu, dan mengarang artikel.
5. HARI BERSAMA KOMUNITI 2019 PUSAT INTERNET PEKAN ROBAN
Tarikh : 29 November 2019 Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari Lokasi : Parking Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Komuniti |
Tujuan
Mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti, memupuk minat pelajar sekolah cintakan ICT dan memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat.
Aktiviti
Pemeriksaan Kesihatan, pameran agensi2 kerajaan, ceramah kesihatan & keselamatan,pertandingan mewarna anak & ibu, pertandingan hiasan bantal dan cabutan bertuah.