1. KDB, MICROSOFT OFFICE 2010 & DASHBOARD KOMUNITI
Tarikh : 09 & 10 Disember 2019 Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang Lokasi : Bilik ICT Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Pelajar Lepasan Sekolah |
Tujuan
Untuk meningkatkan ilmu kemahiran menggunanakan Microsoft Office 2010 dan pengetahuan dalam bidang ICT kepada pelajar lepasan sekolah. Selain itu, mampu memberi kesedaran tentang bahaya penggunaan internet dengan tidak berhemah.
Aktiviti
Kelas ICT melibatkan aktiviti sesi pembelajaran secara mendalam dalam bidang ilmu ICT. Sesi pembelajaran tersebut termasuk penggunaan Microsoft Word 2010 Power Point 2010 dan Microsoft Excel 2010 yang diberi tunjuk ajar secara meluas kepada pererta. Selain itu, peserta diajar untuk muat naik gambar produk di Dashboard My Shop.
2. KELAS ICT MICROSOFT OFFICE 2010, KLIK DENGAN BIJAK & DASHBOARD KOMUNITI
Tarikh : 15 & 16 Disember 2019 Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah (Seorang) |
Tujuan
Kelas ini dipohon oleh pelajar tersebut untuk kelas persendirian. Tujuan peserta ini mengikuti kelas ini kerana ingin mengukuhkan lagi kemahiran di dalam penggunaan ICT.
Aktiviti
Sebelum bermula kelas ICT,peserta diberitahu "Klik Dengan Bijak" "Tidak Pasti Jangan Kongsi". Semasa kelas ICT, Peserta diberi tunjuk ajar untuk membina jadual,formula kira-kira dan membina "chart" dengan penggunaan Microsoft Excel. Manakala pada Microsoft Word, peserta di ajar untuk membina sijil penyertaan, borang soal selidik dan membina kad perniagaan.
3. BENGKEL KEUSAHAWANAN, KDB & DASHBOARD (MY SHOP)
Tarikh : 18 Disember 2019 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Bilik ICT Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Pelajar Lepasan Sekolah |
Tujuan
Mendedahkan kepada peserta keusahawanan berkenaan kaedah menghasilkan kad perniagaan dan didedahkan dengan kaedah penghasilan poster jualan bagi bahan promosi di media sosial. Peserta pada kali ini turut di dedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti My Shop sebagai salah satu medium untuk mempromosikan jualan mereka
Aktiviti
1. Membuat kad perniagaan
2. Poster produk jualan
3. Advokasi - Klik Dengan Bijak
4. Dashboard Komuniti - Memuatnaik produk ke My Shop
4. PROGRAM LESTARI ICT & CAKNA KESIHATAN PI PEKAN ROBAN 2019
Tarikh : 19 Disember 2019 Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Komuniti |
Tujuan
Mendekatkan komuniti tentang kewujudan pusat internet dan kepentingan ilmu ICT pada masa kini
Aktiviti
1. Senaman pagi (poco-poco)
2. Pemeriksaan Kesihatan oleh Klinik Kesihatan Pekan Roban
3. Pertandingan Sandwish sihat
4. Sukaneka (individu & berkumpulan)
GAMBAR SELANJUTNYA, SILA KLIK DISINI