1.  KELAS ICT MICROSOFT OFFICE 2010, KDB & MEMBINA RESUME

Tarikh   : 8 Januari 2020

Masa     : 9.00 pagi - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Roban

Peserta  : Belia 

 

Tujuan

Mengasah kemahiran pelajar dalam penggunaan microsoft office, memberi penerangan kepada pelajar tentang KDB dan cara membina resume yang menarik.

Aktiviti

1. Menerangkan kepada pelajar fungsi - fungsi tools didalam microsoft office dan cara untuk menggunakanya

2. Mengajar pelajar apa itu Klik Dengan Bijak supaya tidak menyalahgunakan internet

3. Membina resume menggunakan Canva.com untuk menghasilkan resume yang menarik dan berkualiti.

 

2.  KDB, MICROSOFT OFFICE 2010 & PENGGUNAAN APLIKASI CANVA.COM

Tarikh   : 9 Januari 2020

Masa     : 9.00 pagi - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memberi kesedaran tentang Klik Dengan Bijak dengan selamat, bertanggungjawab dan berwaspada, meningkatkan kemahiran dan kelajuan menaip di kalangan peserta dan memperkenalkan aplikasi canva.com.

Aktiviti

1. Peserta dipertontonkan dengan video Tidak Pasti Jangan Kongsi dan diberi penjelasan untuk meningkatkan kesedaran agar tidak sesuka hati berkongsi sesuatu perkara yang belum diketahui kebenarannya.

2. Peserta menaip menggunakan Microsoft Word untuk meningkatkan kelajuan menaip.

3. Membina jadual waktu menggunakan aplikasi Canva.com 

 

3.  KDB & MICROSOFT OFFICE 2010

Tarikh   : 18 Januari 2020

Masa     : 9.00 pagi - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kelas dibuat atas permintaan peserta untuk mengukuhkan dan mempertingkatkan lagi kemahiran menggunakan Microsoft Office 2010. Selain itu, peserta di ajar menggunakan PowerPoint untuk membuat slide pembentangan.

Aktiviti

1. Peserta membuat slide pembentangan berdasarkan tajuk yang diberikan dengan menggunakan fungsi pada tool bar yang ada pada aplikasi.

2. Peserta diminta membuat latihan berpandukan modul yang disediakan dengan bimbingan pertugas.

3. Tayangan KDB

 

4.  KELAS ICT MICROSOFT OFFICE 2010, KDB & DASHBOARD (MYKOMUNITI)

Tarikh   : 27 & 28 Januari 2020

Masa     : 9.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kelas dibuat atas permintaan peserta untuk mengukuhkan dan mempertingkatkan lagi kemahiran menggunakan Microsoft Office 2010. Mengajar peserta untuk memahami mesej yang disampaikan dalam video-video KDB agar bijak menggunakan media sosial dan internet dan mengajar peserta membuat hebahan di myKomuniti

Aktiviti

1. Peserta diberi tunjuk ajar untuk membina jadual,formula kira-kira dan membina "chart" dengan penggunaan Microsoft Excel. Manakala pada Microsoft Word, peserta di ajar untuk membina sijil penyertaan, borang soal selidik dan membina kad perniagaan.

2. Ditayangkan video-video KDB dan memahami mesej video-video berkenaan

3. Peserta diajar membuka aplikasi Dashboard Komuniti dan diterangkan tujuan dan fungsi aplikasi berkenaan.

 

GAMBAR SELANJUTNYA, SILA KLIK DISINI