1. KELAS ADVOKASI & MENCIPTA JADUAL WAKTU
Tarikh : 15 Januari 2022 Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Komuniti Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Kelas Advokasi diadakan kepada pelajar untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai penipuan di atas talian dan kelas mencipta jadual pula diadakan untuk mengajar pelajar cara-cara mengolah jadual pembelajaran untuk membantu mereka mengulangkaji dengan lebih mudah.
Aktiviti
1. Menerangkan kepada pelajar mengenai cara-cara untuk mencipta jadual waktu dengan menggunakan template yang disediakan.
2. Menerangkan kepada pelajar cara-cara untuk menaip dan memilih template yang sesuai untuk mengolah jadual waktu yang kreatif.
3. Meminta pelajar untuk mencipta jadual belajar dengan kreativiti mereka sendiri.