KELAS DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 03,20 dan 28 Ogos 2022 Masa : 1 jam untuk kelas dan kempen di FB page Lokasi : Facebook Page Pekan Roban dan Bilik Latihan ICT PEDi Fort Renee Peserta : Komuniti Facebook, Wanita, Belia dan Pelajar Sekolah |
Tujuan
Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak). Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.
Penerangan
Perkongsian secara atas talian dijalankan di aplikasi Facebook iaitu di Page Facebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dengan perkongsian yang pertugas berikan.dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.
KELAS ICT (Multimedia)
Tarikh : 28 Ogos 2022 Masa : 9.00 am - 12.00 tgh hari Lokasi : PEDi Fort Renee Peserta : Wanita, Belia dan Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
- Mengajar peserta mewarna menggunakan aplikasi paint.
Penerangan
- Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Fort Renee. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di PEDi untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.