KELAS  DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Tarikh   : 02, 04, 06, 09, 12, 17, 18, 23 dan 26 September 2022

Masa     : 1 jam untuk kelas dan kempen di FB page

Lokasi   : Facebook Page Pekan Roban dan Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban

Peserta  : Komuniti Facebook dan Pelajar Sekolah

Tujuan

Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak)Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.

  

Penerangan
Perkongsian secara atas talian dijalankan di aplikasi Facebook iaitu di Page Facebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dengan perkongsian yang pertugas berikan.dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.

 

 

KELAS ICT (PC HARDWARE, MICROSOFT OFFICE, MULTIMEDIA DAN E-PEMBELAJARAN)

Tarikh   : 04 dan 18 September 2022

Masa     : 8.30 am - 12.30 tgh hari

Lokasi   : PEDi Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Menengah Dan Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

  1. Mengajar peserta mengenal perkakasan asas komputer, menaip menggunakan Microsoft Word, mewarna menggunakan aplikasi Paint, kuiz perkakasan asas sistem komputer dengan menggunakan aplikasi Kahoot dan menaip, mengenal serta menyediakan slide menggunakan Microsoft Powerpoint.



Penerangan

  • Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di PEDi untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.


 Klik untuk lihat gambar