KELAS DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 02, 06, 10, 15, 18, 23, 24, 25 dan 26 Oktober 2022 Masa : 1 jam untuk kelas dan kempen di FB page Lokasi : Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban dan Facebook Page Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Menengah, Pelajar Sekolah Rendah dan Komuniti Facebook |
Tujuan
Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak)Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.
Penerangan
Perkongsian secara atas talian dijalankan di aplikasi Facebook iaitu di Page Facebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dengan perkongsian yang pertugas berikan.dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.
KELAS ICT (MICROSOFT OFFICE DAN E-PEMBELAJARAN)
Tarikh : 10, 24 dan 25 Oktober 2022 Masa : 12.00 pm - 01.00 pm, 03.00 pm - 04.00 pm dan 09.00 am - 10.30 am Lokasi : Bilik ICT PEDi Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Menengah Dan Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
- Mengajar peserta menaip dan menyediakan surat kiriman rasmi dengan menggunakan Microsoft Word, melaksaanakan kuiz pengenalan PEDi dan Klik Dengan Bijak dengan menggunakan aplikasi Kahoot dan pelajar Sk Sungai Nyiar menggunakan PEDi sebagai lokasi untuk menjawab permainan pendidikan yang disediakan oleh KPM dalam Program Digital Competency Standart (DCS).
Penerangan
- Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di PEDi untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan. Di samping itu, petugas juga menggalakkan pelajar sekolah rendah untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para pelajar.