KELAS  DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Tarikh: 08, 09, 11, 14, 15, 16, 17,  20 dan 29 Januari 2023

Masa: 1 jam untuk kelas dan kempen di FB page

Lokasi: Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban dan Facebook Page PEDi Pekan Roban

Peserta: Pelajar Sekolah Rendah, Pelajar Sekolah Menengah dan Komuniti Facebook

 

Tujuan

Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak). Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.

 

Penerangan

Perkongsian secara atas talian dijalankan di aplikasi Facebook iaitu di Page Facebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan secara berbalas komen akan berlangsung. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook Pusat Ekonomi Digital Pekan Roban dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.

 

KELAS ICT (PC-HARDWARE, MICROSOFT OFFICE, E-PEMBELAJARAN & MULTIMEDIA)

Tarikh: 08, 14 dan 29 Januari 2023

Masa: 10.00 am – 01.00 pm, 08.30 am – 01.00 pm & 02.30 am – 05.00 pm

Lokasi:  Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban 

Peserta:  Pelajar Sekolah Rendah & Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Mengajar peserta daripada sekolah rendah pengenalan kepada perkakasan asas sistem komputer (PC Hardware) dan latihan menaip petikan ringkas di Microsoft Word. Seterusnya, peserta juga menjawab beberapa kuiz di Kahoot yang berkaitan dengan PC Hardware dan Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan pemahaman peserta tentang topik yang diterangkan. Disamping itu, latihan menaip juga diilaksanakan iaitu latihan menaip di Typing.com yang melibatkan  Typing Lessons & Typing Game. Manakala bagi pelajar sekolah menengah pula diajar carian untuk membuat ulang kaji matapelajaran sekolah menengah secara online iaitu di https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/koleksi-quiz-smk/home. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan Aplikasi Canva yang mempunyai pelbagai kegunaan untuk membuat poster, resume dan sebagainya. Seterusnya, peserta diajar untuk mencipta sticker dan suntingan imej di Canva.

 

Penerangan

Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di PEDi untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan. Di samping itu, petugas juga menggalakkan pelajar sekolah rendah untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di PEDi untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para pelajar.

 

KELAS KEUSAHAWANAN (MARKETING COPYWRITING)

Tarikh: 21 Januari 2023

Masa:  09.00 am - 01.00 pm

Lokasi: Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban

Peserta: Usahawan Pekan Roban & Usahawan Kabong

 

Tujuan

      1. Kelas keusahawan ini adalah koleberasi bersama Rakan Digital PEDi Batang Maro iaitu Cik Nur Amierah Izdihar. Rakan Digital mengajar peserta pengenalan kepada “Marketing Copywriting”. Peserta juga diterangkan tentang kepentingan “CopyWriting” dalam penjualan sesuatu produk. Di samping itu, peserta diterangkan tentang kesan secara lansung dan tidak lansung “Copywriting” dalam mempengaruhi emosi pembeli atau pelanggan dengan sesuatu produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

 

Penerangan

Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT PEDi Pekan Roban. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan keusahawanan yang disediakan di PEDi. Di samping itu, petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke PEDi bagi terlibat sama dalam kursus-kursus keusahawanan yang disediakan di PEDi untuk meningkat kemahiran seperti kemahiran penggunaan komputer, kemahiran keusahawanan, pemasaran dalam talian dan sebagainya.

 

 Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>