noraNorafizan binti Tahir merupakan seorang peniaga kecil-kecilan di Pekan Roban. Mengikuti jejak langkah arwah ayah beliau yang merupakan pengusaha gerai makanan ketika hayatnya, Norafizan memilih untuk memulakan perniagaan makanan melalui tempahan setelah tamat persekolahan. Perniagaan beliau mula berkembang pada tahun 2014 setelah menghadiri beberapa siri latihan di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban. Ketika itu beliau telah didedahkan dengan kaedah promosi produk jualannya melalui laman sosial. Dengan bantuan promosi berkenaan, perniagaan beliau telah mencatatkan peningkatan keuntungan melebihi 50% daripada sebelumnya. Bermula dengan perniagaan kuih muih, kini variasi produk jualan beliau telah dipelbagaikan dan jumlah tempahan daripada penduduk sekitar juga semakin meningkat.

 

 

Antara produk makanan yang dibuka untuk tempahan

makanan01 e

makanan02 e