Cik Norafizan Tahir

Latar belakang

Cik Norafizan bt Tahir telah menceburi bidang menjual makanan semenjak bertahun-tahun menerusi perniagaan kedai makan yang terletak di pasar Pekan Roban. Beliau telah mewarisi perniagaan ayahnya bermula pada penghujung tahun 2015.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau adalah seperti biasa bergantung kepada orang ramai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban, beliau telah mempelajari cara untuk mempromosikan produk dengan lebih sistematik tidak seperti sebelumnya dan dapat menjana lebih pendapat.

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet?

Beliau telah mempelajari cara untuk memasarkan produk dengan lebih berkesan melalui media sosial seperti Facebook dan Whatsapp. Beliau telah mempelajari cara untuk membuat promosi kepada pelanggan melalui Facebook dan Whatsapp seperti menyediakan penghantaran makanan kepada pelanggan (COD) secara percuma.

Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/peningkatan tahap kemahiran ICT?

Pusat Internet banyak membantu dalam proses pembelajaran atas talian antaranya ialah promosi melalui internet. Dengan kemudahan yang ada di Pusat Internet seperti internet, ini memudahkan saya untuk membuat promosi ke kawasan-kawasan luar Pekan Roban dan semestinya rakan-rakan Facebook.

Bengkel Latihan ICT/Keusahawan yang dihadiri

 Cik Norafizan sedang menghadiri kelas Usahawan di Pusat Internet Pekan Roban

  1. Produk / Hasil Transformasi

menghasilkan kek milo


Promosi Produk di Media Sosial

Promosi keropok lekor dan makanan