Latar belakang

En. Zainal Abidin bin Salleh telah menceburi perniagaan membuat kek secara kecil-kecilan selama tiga tahun. Antara produk yang dihasilkan ada cupcakes, kek hari jadi serta pelbagai jenis biskut yang dibuka untuk tempahan komuniti di sekitar Roban dan Saratok.

Apa yang dipelajari melalui PEDi?

PEDi banyak membantu beliau terutamanya dalam memberi panduan tentang perniagaan secara atas talian terutama cara untuk mempromosikan produk jualan dan perkhidmatan.

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/peningkatan tahap kemahiran ICT?

Setelah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak PEDi, kini saya sudah memahami cara untuk membuat video, promosi di internet dan cara untuk berinteraksi dengan pelanggan. PEDi banyak memberikan panduan kepada para usahawan tentang kaedah-kaedah perniagaan atas talian.

Bengkel Latihan ICT/Keusahawan yang dijalankan

 


En. Zainal sedang membuat demonstrasi membuat cupcakes

 

Produk cupcakes yang dihasilkan


Promosi di Media Sosial