Menyediakan Perkhidmatan katering kecil-kecilan

Nama : Milah Bt Silleng

Umur : 54 tahun

 

Latar belakang

Milah Bt Silleng merupakan pengusaha katering di kawasan Pekan Roban. Beliau dibantu oleh saudara dan anak-anaknya dalam menguruskan perniagaan katering. Katering bukanlah merupakan perniagaan tetap beliau dan ianya hanya untuk menambah pendapatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bergantung kepada jumlah katering yang diambil

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet, beliau dapat meningkatkan lagi pendapatan bulanan melalui perniagaan katering.

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet

Pusat Internet secara khususnya, banyak membantu dan mengajar cara untuk menggunakan media sosial seperti Facebook, Wechat, Dashboard dan Whatsapp sebagai medium untuk mempromosikan perniagaan kepada komuniti. Dengan mempelajari cara menggunakan Facebook, ianya sedikit sebanyak dapat meningkatkan promosi di kalangan rakan-rakan Facebook.

Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Pusat Internet pada asasnya mengajar usahawan seperti kami untuk mempromosikan barangan atau produk menggunakan media sosial. Bukan itu saja, dengan adanya kemudahan seperti internet secara percuma memberikan kelebihan kepada kami untuk mempromosikan produk pada bila-bila masa.

i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

 Pn Milah bt Silleng sedang menghadiri kelas Usahawan di Pusat Internet Pekan Roban

 ii) Promosi di Media Sosial

Facebook = https://www.facebook.com/milah.silleng?fref=ts'

Menunjukkan cara menghasilkan kek 

 Katering di Pusat Internet Pekan Roban