Produk Kecantikan V-Care
Nama: Narjiyana Binti Sidi
Umur : 19 tahun
Latar belakang
Cik Narjiyana bt Sidi merupakan seorang usahawan yang menjual barang-barang kecantikan seperti make-up, bedak muka dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ICT, beliau hanya menggunakan aplikasi Wechat sebagai ejen promosi produk-produk kecantikan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan intel yang dibimbing oleh pengurus Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban, kini beliau telah mempelajari cara mempromosikan produk-produknya dengan lebih efektif dan sistematik.
Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet
Antara pembelajaran di Pusat Internet yang banyak membantu adalah mempelajari cara mempromosikan produk-produk perniagaan di laman sosial seperti Facebook, Wechat, Dashboard Komuniti dan lain-lain.
Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Antara sumbang yang paling penting adalah mengajar cara membuat poster produk dengan lebih menarik bagi menarik minat pelanggan. Ini disebabkan, untuk menarik para pelanggan untuk mencuba sesuatu produk, tarikan melalui iklan poster adalah diperlukan.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
Cik Narjiyana sedang menghadiri kelas Usahawan di Pusat Internet Pekan Roban
Laman Web : Myshop (Dashboard Komuniti)
Wechat : adaqkesah97
Promosi Produk jualan di Media Sosial