Memasarkan produk-produk kraftangan buatan sendiri serta barangan kosmetik untuk wanita.
Nama : Juluie anak Langi
Umur: 24 Tahun
Latar belakang
Puan Juluie anak Langi merupakan seorang wanita yang sudah berkeluarga dan bertugas sebagai suri rumah separuh masa. Beliau menjalankan perniagaan barangan kraftangan dan produk kosmetik untuk wanita secara kecil-kecilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Barangan jualan hanya dihebahkan secara verbal kepada kenalan dan jiran-jiran yang menetap di kawasan berhampiran.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Produk-produk jualan beliau telah dapat dipasarkan ke lingkungan kawasan yang lebih luas serta menarik lebih ramai individu yang berpotensi sebagai pelanggan
Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet
Latihan keusahawanan di Pusat Internet telah menambah pengetahuan saya dalam bidang perniagaan yang pernah dipelajari sebelum ini, terutamanya kaedah pengiklanan yang lebih menarik dan memuat naik iklan-iklan tersebut ke dalam talian.
Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/peningkatan tahap kemahiran ICT
Sebagai seorang surirumah sepenuh masa, saya mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keluarga. Ini mendorong saya untuk mencari kaedah pemasaran produk yang lebih sistematik berbanding sebelum ini, dan sekarang saya berjaya meningkatkan produktiviti jualan saya secara dalam talian melalui aplikasi Myshop.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
Puan Juluie ketika menjalani latihan keusahawanan di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban
ii) Produk / Hasil Transformasi
Antara produk-produk yang dijual oleh Puan Juluie
iii) Promosi di laman sesawang
Antara iklan produk kraftangan dan barangan kosmetik yang dimuatnaik di laman Dashboard Komuniti (MyShop)