Nama : Azhim Haikal Hakimi bin Jamri
Umur : 15 Tahun
Alamat : Kampung Alit, 94650 Kabong
Latar belakang
Seorang pelajar SMK Kabong. Berasal dari Kampung Alit dan tidak pernah menghadiri sebarang bentuk latihan berasaskan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
ICT hanya digunakan secara minimum untuk tujuan menaip tugasan dan mencari serba sedikit maklumat di internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Mula mempelajari fungsi-fungsi yang lebih banyak pada perisian Microsoft Word dan meningkatkan kecekapan menaip. Kini beliau sudah dapat menaip dengan lebih pantas serta mempelbagaikan penggunaan Microsoft Word.
Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet
Melalui latihan di Pusat Internet, saya kini mengetahui bahawa perisian Microsoft Office boleh dimanfaatkan lebih sekadar untuk menaip. Saya telah mempelajari kaedah untuk mencipta pelbagai jenis dokumen melalui Microsoft Word.
Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/peningkatan tahap kemahiran ICT
Setelah tamat latihan, saya sudah mampu mencipta dokumen sendiri tanpa sebarang bantuan, dan pada masa yang sama format dokumen yang dihasilkan juga lebih kemas dan teratur. Ini adalah penting sebagai persediaan saya untuk memasuki alam pekerjaan setelah tamat persekolah nanti.
- i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
Azhim Haikal Hakimi sedang menjalani latihan ICT di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban.