roban signboard rusticRoban adalah salah satu daripada dua daerah kecil dibawah pentadbiran Majlis Daerah Saratok. Untuk memudahkan kawalan dan pengurusan, daerah Saratok telah dibahagikan kepada dua daerah kecil iaitu daerah kecil Roban dan daerah kecil Kabong. Secara umumnya, kawasan Roban yang ada pada hari ini telah mula diduduki sekitar awal tahun 1940-an dan penduduk serta kawasannya telah berkembang seiring dengan peredaran masa. Walau bagaimanapun, sejarah kependudukan daerah ini hanya mula dicatatkan secara bertulis selepas pelantikan Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) yang pertama iaitu En. Abang Abdul Karim pada tahun 1949. Sejak kewujudannya, pelbagai kemudahan serta infrastruktur seperti jalan raya, sekolah-sekolah, perpustakaan awam, balai polis dan pejabat-pejabat kerajaan telah dibina secara berperingkat-peringkat untuk kemudahan penduduk tempatan.