Sekitar Karnival KEMAS4U Semarak Desa peringkat negeri Sarawak anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang telah berlangsung pada 27-29 Oktober 2016 di Kabong. Pusat Internet 1Malaysia Kabong, Pekan Roban dan Fort Renee telah menyertai pembukaan booth bagi mempromosikan Pi1M dan juga Dashboard Komuniti pada program kali ini. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YB Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 29 Oktober 2016. Para petugas Pi1M tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra, menyampaikan cenderahati serta mengambil gambar kenang-kenangan bersama tetamu-tetamu VIP ketika para tetamu melawat booth-booth pameran.
http://roban.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti/107-kemas4u#sigFreeId47c0f2c195