Sekitar program Hari Dashboard Komuniti 2017 Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban yang telah berlangsung pada 16 Julai 2017. Objektif program ini adalah untuk mempromosikan aplikasi Dashboard kepada komuniti, dan pada masa yang sama untuk mendedahkan mereka kepada penggunaan MyHealth dan MyShop. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan keahlian baru serta memberi kesedaran tentang betapa pentingnya penggunaan internet dengan bijak dan berkesan. Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, program ini telah diadakan dalam suasana rumah terbuka dan dihadiri oleh seramai 61 orang pengunjung. Program ini telah diisi dengan aktiviti-aktiviti seperti ceramah berkenaan Klik Dengan Bijak, MyHealth, MyShop serta demonstrasi cara-cara memuat turun aplikasi Dashboard Komuniti. Kuiz turut diadakan melalui aplikasi Kahoot untuk menguji kefahaman para peserta mengenai Dashboard Komuniti.