Program Semarak Merdeka 2017 anjuran Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban dengan usahasama JASA Saratok telah berlangsung pada 19 Ogos 2017. Dengan dihadiri seramai 35 orang pengunjung, objektif program ini adalah untuk mengenang sejarah kemerdekaan Malaysia serta memupuk semangat cintakan negara bersempena bulan kemerdekaan. Antara pengisian program ini adalah ceramah ringkas daripada pengerusi Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban, En. Kassim bin Tomik diikuti dengan kuiz bertemakan kemerdekaan serta Klik dengan Bijak. Hadiah para pemenang kuiz telah disampaikan oleh Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban, En. Kazirul bin Latif.