Sekitar program i-Health Day PI1M Pekan Roban yang telah berlangsung pada 4 & 7 Oktober 2015. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena i-Health Day, antaranya adalah pertandingan menaip paling pantas, kuiz kesihatan, pertandingan menulis esei bertemakan kesihatan dan pertandingan melukis poster bertemakan kesihatan menggunakan perisian Paint. Untuk hari perasmian, acara-acara kemuncak yang telah diadakan adalah aktiviti senamrobik dan tarian poco-poco, pemeriksaan kesihatan oleh jabatan kesihatan daripada Pusat Kesihatan Daerah Saratok serta pameran dan ceramah berkenaan bahaya dadah dan denggi. Aktiviti-aktiviti lain seperti nyanyian, cabutan bertuah dan pertandingan teka jumlah gula-gula dalam balang telah turut diadakan untuk memeriahkan lagi program i-Health Day pada kali ini.