1. KELAS MEMBINA POSTER & MICROSOFT WORD
Tarikh : 24 September 2020 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : OKT dari AADK Betong |
Tujuan
Kelas membina poster diadakan untuk mengajar OKT cara-cara menggunakan postermywall dalam membina poster. Kelas Microsoft Word pula diadakan untuk mengajar OKT mengenai asas-asas Microsoft Word 2010 seperti menaip, cara untuk menukar jenis dan saiz tulisan serta cara untuk "copy paste" dokumen.
Aktiviti
1. Menerangkan kepada OKT mengenai fungsi - fungsi tools di dalam postermywall dan cara untuk menggunakannya.
2. Mengajar OKT membina poster mengikut tema yang ditetapkan.
3. Mengajar OKT untuk menukar saiz tulisan dan jenis tulisan serta membuat underline, bold dan italic.
1. KELAS MICROSOFT EXCEL
Tarikh : 21 September 2020 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah |
Tujuan
Kelas Microsoft Excel diadakan untuk mengajar pelajar sekolah rendah dan menengah supaya dapat mengenali asas-asas Microsoft Excel seperti membuat jadual dan menyusun senarai nama dengan susunan huruf dari A ke Z.
Aktiviti
1. Menerangkan kepada pelajar fungsi - fungsi tools di dalam Microsoft Excel dan cara untuk menggunakannya.
2. Mengajar pelajar untuk jadual dengan betul.
3. Mengajar pelajar untuk menukar saiz tulisan dan jenis tulisan serta membuat underline, bold dan italic.
4. Mengajar pelajar untuk menyusun senarai nama dengan susunan huruf dari A ke Z.
1. KELAS MICROSOFT POWERPOINT
Tarikh : 20 September 2020 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah & Menengah |
Tujuan
Kelas Microsoft PowerPoint diadakan untuk mengajar pelajar sekolah rendah dan menengah mengenai cara-cara menaip dengan menggunakan Microsoft PowerPoint 2010.
Aktiviti
1. Menerangkan kepada pelajar mengenai cara-cara penggunaan Microsoft PowerPoint 2010 untuk membuat "slide show".
2. Menerangkan kepada pelajar cara-cara untuk mengubah latar belakang "slide show" tersebut.
1. KELAS KLIK DENGAN BIJAK & ADVOKASI
Tarikh : 20 September 2020 Masa : 8.30 pagi - 10.30 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Kelas Klik Dengan Bijak & Advokasi diadakan untuk memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kelebihan dan keburukan internet serta melahirkan pengguna yang celik dengan teknologi.
Aktiviti
1. Menerangkan kepada pelajar mengenai kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
2. Menerangkan kepada pelajar contoh-contoh buli siber yang sering berlaku dalam kalangan pelajar.
3. Menerangkan kepada pelajar cara untuk mengelakkan diri daripada terus menjadi mangsa buli siber.
1. KELAS RESUME
Tarikh : 20 September 2020 Masa : 11.00 pagi - 1 tengahari Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Kelas Resume diadakan untuk mengajar pelajar cara-cara untuk membina resume dengan menggunakan postermywall.
Aktiviti
1. Menerangkan kepada pelajar mengenai cara-cara penggunaan postermywall untuk membina resume.
2. Menerangkan kepada pelajar mengenai maklumat yang diperlukan dalam resume.