1. KELAS ICT
Tarikh : 6 September 2020 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Kelas ICT diadakan untuk mengajar pelajar sekolah menengah mengenai kegunaan Google Form dan Google Drive untuk membuat borang secara atas talian dan menyimpan data dalam Google Drive.
Aktiviti
1. Menerangkan kepada pelajar fungsi - fungsi tools di dalam Google Form dan Google Drive serta cara untuk menggunakannya.
2. Mengajar pelajar untuk menaip borang dengan menggunakan Google Form.
3. Mengajar pelajar untuk menjawab semula borang-borang yang telah dibina oleh mereka sendiri.
1. KELAS MICROSOFT WORD
Tarikh : 5 September 2020 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah |
Tujuan
Kelas Microsoft Word diadakan untuk mengajar pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mengenali asas-asas Microsoft Word seperti menukar jenis tulisan dan saiz tulisan serta membuat underline, bold dan italic. Selain itu, pengajar turut mendedahkan kepada para peserta mengenai kegunaan Microsoft Word untuk membuat surat rasmi.
Aktiviti
1. Menerangkan kepada pelajar fungsi - fungsi tools di dalam Microsoft Word dan cara untuk menggunakannya.
2. Mengajar pelajar untuk menaip surat kiriman rasmi dengan cara yang betul.
3. Mengajar pelajar untuk menukar jenis tulisan saiz tulisan dan jenis tulisan serta membuat underline, bold dan italic.
1. KELAS POSTER
Tarikh : 29 & 30 Ogos 2020 Masa : 2.30 petang - 5.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Kelas poster diadakan untuk mengajar pelajar sekolah menengah dalam menghasilkan poster mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan aplikasi Postermywall.
Aktiviti
1. Menerangkan kepada pelajar fungsi - fungsi tools di dalam aplikasi Postermywall dan cara untuk menggunakannya.
2. Mengajar pelajar untuk menaip, memuat gambar dan mencari idea yang sesuai.
3. Mengajar pelajar untuk melakar poster mengikut tema yang dinyatakan oleh petugas Pusat Internet.
1. PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN VIDEO KRAFTANGAN MERDEKA ANJURAN PUSAT INTERNET
Tarikh : 30 Ogos 2020 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban |
Tujuan
Program Pertandingan Video Kraftangan Merdeka dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kreativiti komuniti setempat yang mengikuti program ini. Selain itu, Pusat Internet juga menggalakkan penglibatan komuniti setempat dengan penggunaan ICT dan sosial media sebagai platform untuk berkarya.
1. KELAS KEUSAHAWANAN ONLINE (SHOPEE)
Tarikh : 16 Ogos 2020 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Pekan Roban Peserta : Wanita dan Lelaki |
Tujuan
Kelas Keusahawanan Online Shopee untuk mengajar usahawan mendaftar akaun Shopee, memuatnaik produk dan menggunakan aplikasi Shopee dengan betul.
Aktiviti
1. Menerangkan kepada pelajar fungsi - fungsi tools di dalam aplikasi Shopee dan cara untuk menggunakannya.
2. Mengajar pelajar untuk memuatnaik produk.
3. Mengajar pelajar untuk menarik minat pelanggan.