1.  APLIKASI MEWARNA ONLINE DENGAN PELAJAR KEMAS

Tarikh   : 23 OGOS 2019

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Tadika KEMAS (10 Orang)

 

Tujuan

Memberi pendekatan kepada pelajar KEMAS tentang penggunaan aplikasi mewarna online. 

 

Aktiviti

Pelajar KEMAS membuat aktiviti mewarna secara online menggunakan link colouring.com. Selain itu, pelajar juga di perkenalkan dengan perkakasan komputer.

 

2.  KELAS MEMBINA RESUME

Tarikh   : 18 OGOS 2019

Masa     : 9.00 pagi - 12.00 pagi

Lokasi   : Bilik ICT Pusat Internet Pekan Roban

Peserta  : Golongan Belia (8 Orang)

 

Tujuan

Memberi panduan penulisan resume yang menarik dan berkualiti.

 

Aktiviti

Golongan belia diberi pendedahan teknik dan contoh resume yang menarik dan sesuai untuk menawan hati majikan. Selain itu, mereka juga diberi tunjuk ajar tentang tips penulisan resume yang berkualiti.

 

2.  HBK BATANG MARO

Tarikh   : 17 OGOS 2019

Masa     : 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Batang Maro

Peserta  : 100 orang

 

Tujuan

Hari bersama komuniti bertujuan untuk memperkenalkan pusat internet kepada komuniti dan juga memberitahu serba sedikit mengenai pusat internet.

 

Aktiviti

Keusahawan, komuniti, program advokasi kdk, ceramah pemberitahuan mytv, sukaneka dan aktiviti lain.

1.  KDB & MICROSOFT OFFICE 2010

Tarikh   : 27 JULAI 2019

Masa     : 9.00 pagi - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah (4 orang)

Tujuan

Memberi pendekatan dan kesedaran kepada para pelajar dalam bijak menggunakan teknologi ICT terutamanya melalui perkongsian di sosial media.

Aktiviti

Kelas melibatkan aktiviti sesi pembelajaran secara mendalam dalam bidang ilmu ICT terutamanya peserta didedahkan dengan tayangan KDB bagi memberi penyedaran tentang kepentingan penggunaan internet secara betul dan bijak. Selain itu, pelajar juga mempelajari MICROSOFT OFFICE.

1.  KDB & PERMAINAN MENAIP

Tarikh   : 14 JUN 2019

Masa     : 2.00 petang - 3.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah (7 orang)

 

Tujuan

Memberi pendekatan dan kesedaran kepada para pelajar dalam bijak menggunakan teknologi ICT terutamanya melalui perkongsian di sosial media.

Aktiviti

Kelas melibatkan aktiviti sesi pembelajaran secara mendalam dalam bidang ilmu ICT terutamanya peserta didedahkan dengan tayangan KDB bagi memberi penyedaran tentang kepentingan penggunaan internet secara betul dan bijak. Selain itu, permainan menaip juga turut diadakan kepaqda para pelajar.

 

2.  ADVOKASI, PERTANDINGAN MENAIP (DEWASA), AKTIVITI MEWARNA (KANAK-KANAK) & RAMAH TAMAH AIDILFITRI FORT RANEE

Tarikh   : 15 JUN 2019

Masa     : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari

Lokasi   : Pusat Internet Fort Ranee

Peserta  : Dewasa dan Kanak-kanak (41 orang)

 

Tujuan

Memupuk hubungan silaturrahim antara komuniti dan petugas di Pusat Internet di samping mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan penggunaan ICT dalam kalangan komuniti termasuk kategori dewasa dan kanak-kanak.

Aktiviti

Advokasi dan pertandingan turut diadakan. Antara pertandingan tersebut termasuk pertandingan menaip bagi kategori dewasa dan pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak. Di samping itu, melalui jamuan makan bersempena Ramah Tamah Aidilfitri 2019 turut juga diadakan.

 

2.  KELAS CELIK ICT

Tarikh   : 24 JUN 2019

Masa     : 9.00 pagi - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Roban

Peserta  : Lepasan SPM (1 orang)

Tujuan

Memberi pendekatan kepada pesertaberkaitan penggunaan ICT terutamanya Microsoft Office 2010.

Aktiviti

Kelas melibatkan aktiviti sesi pembelajaran secara mendalam dalam bidang ilmu ICT terutamanya peserta didedahkan dengan penggunaan Microsoft Office 2010 iaitu termasuklah Microsoft Word 2010, Microsoft Power Point 2010 dan Microsoft Excel 2010. 

 

GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG JUN 2019

1.  TAYANGAN KDB & KELAS MICROSOFT OFFICE 2010

Tarikh   : 11 & 12 Mei 2019

Masa     : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Menengah (6 orang)

 

Tujuan

Memberi pendekatan dan kesedaran kepada para pelajar dalam mendalami ilmu menggunakan Microsoft Office 2010. Selain itu, galakan tentang penggunaan internet secara berhemah dengan mengamalkan konsep Klik Dengan Bijak melalui tayangan KDB kepada para pelajar.

Aktiviti

Kelas melibatkan aktiviti sesi pembelajaran secara mendalam dalam bidang ilmu ICT terutamanya penggunaan Microsoft Office 2010 secara meluas kepada para pelajar sekolah. Selain itu, peserta didedahkan dengan tayangan KDB bagi memberi penyedaran tentang kepentingan penggunaan internet secara betul dan bijak.

 

2.  KDK, E-PEMBELAJARAN (PERMAINAN DALAM TALIAN MENAIP)

Tarikh   : 17 Mei 2019

Masa     : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Roban

Peserta  : Pelajar Sekolah Menengah (5 orang)

 

Tujuan

Para pelajar sekolah menengah diberi tunjuk ajar cara mengenai cara menaip dengan cepat dan betul.

Aktiviti

KDK dan E-Pembelajaran ini melibatkan pelbagai aktiviti sesi pembelajaran. Salah satunya adalah memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai cara menaip dengan batul dan cepat. Para belia yang terlibat juga diberikan latihan yang melibatkan penggunaan Microsoft Office 2010 bagi memantapkan lagi kefahaman mereka menghadiri kelas ini.

 

GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG MEI 2019