Sekitar Program Dashboard Komuniti di SMK Kabong yang telah diadakan pada 21 Oktober 2016. Program yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 3 ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan fungsi-fungsi Dashboard Komuniti terutamanya MySkool dan juga MyHealth. Selain daripada ceramah dan demonstrasi penggunaan Dashboard Komuniti, program juga diisi dengan aktiviti-aktiviti permainan seperti online puzzle KDB, menyusun Jenga dan juga Sahibba.

Sekitar program Kelas ICT untuk pelajar-pelajar SK Nyiar, Roban pada 10 & 11 Oktober 2016. Program ini melibatkan sembilan orang pelajar Tahun 6 daripada SK Nyiar bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada komputer. Para pelajar telah didedahkan dengan asas-asas komputer serta ditugaskan untuk menyiapkan siri latihan Microsoft Word daripada modul yang disediakan.

Pada 16 September 2016, telah berlangsungnya program Merdeka @ Komuniti Semarak Kemerdekaan 2016 bertempat di SJK(C) Min Syn, Saratok. Program bersempena Hari Malaysia 2016 berkenaan merupakan sambutan peringkat daerah Saratok yang telah melibatkan beberapa agensi kerajaan. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah seperti pertandingan masakan, pertandingan karaoke lagu-lagu patriotik, pertandingan autoshow serta pertandingan peragaan fesyen bertemakan pasukan bermotor.

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Kabong 2016 telah berlangsung pada 16-18 September 2016 bertempat di Town Square, Kabong. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tempoh sambutan tersebut berlangsung selama 3 hari, dan kemuncak sambutan pada hari terakhir dimeriahkan dengan aktiviti senaman poco-poco bersama pengunjung, pertandingan fesyen bertemakan pelbagai kaum di Malaysia serta pertandingan tarik tali. Booth jualan turut dibuka oleh para peniaga dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Sekitar majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Rekacipta Poster 2015 bertemakan Alam Sekitar pada 22 Jun 2016 bertempat di SMK Kalaka, Roban. Pada Januari lalu, dua orang pelajar daripada SMK Kalaka iaitu James Jingga ak Igot dan Pallystair Obrian Poh telah mewakili sekolah berkenaan dan Pi1M Pekan Roban dalam pertandingan ini, dan telah merangkul tempat kedua untuk peringkat PI1M seluruh Malaysia.

E P1030089

E P1030090

Hadiah berupa 10 buah komputer untuk disumbangkan kepada sekolah telah disampaikan oleh Pengurus Wilayah MSD Digital Intelligence Borneo, En. Abdul Rahim bin Majelis kepada Pengetua SMK Kalaka, En. Edward Ngelai.