Lawatan kali kedua daripada Tadika KEMAS Roban pada 20 November 2015. Seramai 27 orang kanak-kanak daripada Tadika KEMAS Roban telah melawat PI1M Pekan Roban bersama lima orang guru pengiring. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah sesi memperkenalkan peralatan komputer, sesi bermain permainan komputer dan mewarna gambar secara online serta tayangan video lagu-lagu pendidikan awal kanak-kanak.
http://roban.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=235#sigFreeId343b8315ca
Sekitar program i-Health Day PI1M Pekan Roban yang telah berlangsung pada 4 & 7 Oktober 2015. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena i-Health Day, antaranya adalah pertandingan menaip paling pantas, kuiz kesihatan, pertandingan menulis esei bertemakan kesihatan dan pertandingan melukis poster bertemakan kesihatan menggunakan perisian Paint. Untuk hari perasmian, acara-acara kemuncak yang telah diadakan adalah aktiviti senamrobik dan tarian poco-poco, pemeriksaan kesihatan oleh jabatan kesihatan daripada Pusat Kesihatan Daerah Saratok serta pameran dan ceramah berkenaan bahaya dadah dan denggi. Aktiviti-aktiviti lain seperti nyanyian, cabutan bertuah dan pertandingan teka jumlah gula-gula dalam balang telah turut diadakan untuk memeriahkan lagi program i-Health Day pada kali ini.
http://roban.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=235#sigFreeIdec649cad1a
http://roban.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=235#sigFreeId76f9a73f36
http://roban.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=235#sigFreeId71569dc7c4
http://roban.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=235#sigFreeId062a8e5d5b