Menjual produk makanan basah secara kecil-kecilan.

Nama :Fatin Filzatunnafsi binti Abdullah

Umur: 15 tahun

 

Latar belakang 

Fatin Filzatunnafsi merupakan seorang anak kepada pengusaha makanan basah. Beliau dan keluarga telah menjalankan perniagaan barangan makanan secara kecil-kecilan di rumah sendiri selama beberapa tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pelanggan harian hanya terdiri daripada penduduk kampung serta rakan-rakan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Jumlah pelanggan semakin bertambah kerana penduduk di luar kawasan kampung telah mengetahui tentang produk-produk yang dijual melalui internet.

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet

Melalui latihan di Pusat Internet, saya telah diberi tunjuk ajar tentang bagaimana cara untuk memuatnaik foto-foto produk yang dijual berserta maklumat-maklumat yang sesuai.

Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Pengenalan kepada salah satu komponen Dashboard Komuniti iaitu MyShop telah memberi impak yang ketara terhadap perniagaan saya. Ini kerana aplikasi berkenaan telah membantu meluaskan skop pengiklanan produk jualan keluarga saya ke luar kawasan kampung.

i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

 

 

Fatin Filzatunnafsi sedang menjalani latihan keusahawanan di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban

 

  1. ii) Produk / Hasil Transformasi

 

Antara produk makanan yang dijual oleh beliau (pekasam, pop ice, ayam goreng dan kuah petis.

 

iii) Promosi di laman sesawang

 

 

Antara iklan produk yang dimuatnaik di laman Dashboard Komuniti (MyShop)

 

 

 

 

Menjual minyak wangi dan barangan kelengkapan peribadi

Nama : Muhammad Nurfirdaus Fauzi

Umur : 17 tahun

 

 

Latar belakang

Muhamad Haikal Najib merupakan seorang remaja lepasan SPM yang baru memulakan perniagaan pelbagai barangan secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Promosi barangan jualan hanya dihebahkan kepada rakan-rakan dari mulut ke mulut sahaja tanpa kaedah pengiklanan tertentu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah menjalani latihan keusahawanan hasil bimbingan Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban, beliau telah berjaya meluaskan pasaran barangan yang dijual

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet

Melalui latihan di Pusat Internet, saya telah mempelajari kaedah yang betul untuk mempromosikan barangan jualan melalui internet.

Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Selain daripada didedahkan dengan ilmu keusahawanan dalam talian melalui laman sosial, Pusat Internet juga telah mendedahkan dan memberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk memasarkan produk jualan melalui aplikasi Dashboard Komuniti iaitu MyShop.

i)Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

 


 

Muhammad Haikal sedang menjalani latihan keusahawanan di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban

 

ii ) Produk / Hasil Transformasi

 

      

                          

 

 

 Muhamad Haikal Najib dan produk-produk jualan beliau

 

iii) Promosi di laman sesawang

 

 

Salah satu iklan produk yang dimuatnaik di laman Dashboard Komuniti (MyShop)

Menjual Sabun Madu Kelulut

Nama :Noor Hidayatul Shahfika Binti Razali

Umur 18 tahun

 

 

Latar belakang 

Lepasan sekolah dan sedang berjinak-jinak dengan dunia perniagaan atas talian.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Hanya meminta bantuan kawan untuk membuat promosi produk dan juga aplikasi wechat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Telah mempelajari cara yang mudah untuk mempromosikan setiap jenis produk melalui media sosial.

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet

Pusat Internet 1Malaysia banyak membantu untuk membimbing cara-cara membuat promosi di terutamanya di media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Wechat, Dashboard komuniti dan sebagainya.

Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Setelah menghadiri kursus Intel yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban, banyak benda yang telah dipelajari antaranya cara membuat iklan menggunakan poster. Poster yang simple dan menarik merupakan daya penarik kepada pelanggan.

  1. i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

 

 

 

Cik Shahfika sedang mengikuti pembelajaran kursus intel

 

 

 

ii) Promosi di Media Sosial

 

Nama :Nur Fifi Syazwina binti Julaihi

Umur 13 tahun

 

 

Latar belakang

Seorang pelajar SMK Kalaka Roban. Penduduk asal Pekan Roban dan tidak pernah menjalani sebarang latihan ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada mulanya, beliau tidak tahu cara menggunakan komputer untuk melakukan tugasan sekolah, mencari maklumat untuk kerja sekolah dan tidak tahu cara menggunakan tools yang terdapat pada Microsoft Office 2010.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mempelajari asas penggunaan internet dan aplikasi-aplikasi dalam Microsoft Office, kini beliau telah mengetahui kaedah penggunaannya untuk tujuan pembelajaran.

 

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet

Sebelum ini, saya tidak mengetahui cara yang betul untuk menggunakan aplikasi-aplikasi dalam Microsoft Office 2010. Setelah mempelajarinya di Pusat internet 1Malaysia Pekan Roban, kini saya bukan sahaja mampu menaip untuk membuat tugasan sekolah malah juga boleh membuat pembentangan menggunakan Microsoft Power Point 2010.

 

Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/peningkatan tahap kemahiran ICT

Dengan mempelajari aplikasi Microsoft Power Point, pembentangan menjadi amat mudah untuk dilakukan. Ini memberikan kemahiran kepada saya untuk melakukan tugasan pembentangan di dalam kelas dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan khalayak ramai.

 

  1. i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

 

 

 

 

]

 

 

Adik Nur Fifi Syazwina sedang menjalani latihan ICT di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban.

Produk Kecantikan V-Care

 

Nama: Narjiyana Binti Sidi

Umur : 19 tahun

 

 

Latar belakang 

Cik Narjiyana bt Sidi merupakan seorang usahawan yang menjual barang-barang kecantikan seperti make-up, bedak muka dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penggunaan ICT, beliau hanya menggunakan aplikasi Wechat sebagai ejen promosi produk-produk kecantikan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan intel yang dibimbing oleh pengurus Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban, kini beliau telah mempelajari cara mempromosikan produk-produknya dengan lebih efektif dan sistematik.

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet

Antara pembelajaran di Pusat Internet yang banyak membantu adalah mempelajari cara mempromosikan produk-produk perniagaan di laman sosial seperti Facebook, Wechat, Dashboard Komuniti dan lain-lain.

Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Antara sumbang yang paling penting adalah mengajar cara membuat poster produk dengan lebih menarik bagi menarik minat pelanggan. Ini disebabkan, untuk menarik para pelanggan untuk mencuba sesuatu produk, tarikan melalui iklan poster adalah diperlukan.

 i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

 

 

 

Cik Narjiyana sedang menghadiri kelas Usahawan di Pusat Internet Pekan Roban

Klik Untuk Video 

 

Laman Web : Myshop (Dashboard Komuniti)

Wechat : adaqkesah97

 

 

Promosi Produk jualan di Media Sosial