Menyediakan Perkhidmatan katering kecil-kecilan
Nama : Milah Bt Silleng
Umur : 54 tahun
Latar belakang
Milah Bt Silleng merupakan pengusaha katering di kawasan Pekan Roban. Beliau dibantu oleh saudara dan anak-anaknya dalam menguruskan perniagaan katering. Katering bukanlah merupakan perniagaan tetap beliau dan ianya hanya untuk menambah pendapatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bergantung kepada jumlah katering yang diambil
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet, beliau dapat meningkatkan lagi pendapatan bulanan melalui perniagaan katering.
Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet
Pusat Internet secara khususnya, banyak membantu dan mengajar cara untuk menggunakan media sosial seperti Facebook, Wechat, Dashboard dan Whatsapp sebagai medium untuk mempromosikan perniagaan kepada komuniti. Dengan mempelajari cara menggunakan Facebook, ianya sedikit sebanyak dapat meningkatkan promosi di kalangan rakan-rakan Facebook.
Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Pusat Internet pada asasnya mengajar usahawan seperti kami untuk mempromosikan barangan atau produk menggunakan media sosial. Bukan itu saja, dengan adanya kemudahan seperti internet secara percuma memberikan kelebihan kepada kami untuk mempromosikan produk pada bila-bila masa.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
Pn Milah bt Silleng sedang menghadiri kelas Usahawan di Pusat Internet Pekan Roban
ii) Promosi di Media Sosial
Facebook = https://www.facebook.com/milah.silleng?fref=ts'
Menunjukkan cara menghasilkan kek
Katering di Pusat Internet Pekan Roban
Nama : Brodie anak Linggir
Umur : 59 tahun
No.Tel : 0198181683
Latar belakang
Seorang Ketua rumah panjang yang terletak di Tinting, Lichok. Sangat berminat untuk mempelajari cara penggunaan komputer walaupun pada usianya yang telah lanjut.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pada mulanya, beliau langsung tidak mengetahui cara untuk menggunakan perisian Microsoft Word. Oleh demikian, beliau memberanikan diri untuk menghadiri kelas yang telah diadakan secara percuma kepada ahli pusat internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah mempelajari cara menggunakan Microsoft, beliau telah berjaya menggunkan perisian Microsoft Word tanpa perlu perhatian. Beliau kini sudah tahu cara untuk menulis surat rasmi menggunakan Microsoft word.
Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet
Sebelum ini, saya tidak mengetahui cara menulis surat rasmi menggunakan komputer. Sebagai seorang ketua rumah panjang sudah semestinya saya harus pandai menggunakan komputer untuk menulis surat dan lain-lain. Setelah memngambil masa selama lebih kurang 6 bulan, kini saya mampu berdiri sendiri walaupun pada mulanya saya langsung tidak mengetahui dan tidak berani untuk mencuba.
Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Setelah mempelajari cara menggunakan Microsoft word, saya sudah mampu untuk membuat surat, dan kerja-kerja rasmi yang sedikit sebanyak telah membantu diri saya sendiri. Terima kasih diucapkan kerana kemudahan seperti meminjam notebook dan pembelajaran secara percuma.
- i) Bengkel Latihan ICT
En Brodie sedang menghadiri kelas ICT di Pusat Internet Pekan Roban
Membuat kuih muih dan biskut
Nama : Lily Suriani Bt Ghani
Umur : 34 tahun
Latar belakang
Pn Lily Suriani Bt Ghani telah menceburi bidang menjual makanan tradisional seperti kuih muih dan biskut semenjak 2 tahun lepas. Produk makanan yang dihasilkan mendapat sambutan menggalakan daripada orang ramai.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM400 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sekitar 20 orang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban, beliau kini telah Berjaya menjual produk kuih dan biskut beliau di luar kawasan Roban dengan memperolehi pendapatan sekitar RM500 - RM600 sebulan, terutama pada bulan ramadhan.
Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet
Mempelajari cara untuk memasarkan produk dengan lebih effektif dan berkesan melalui Facebook. Cara dan kaedah untuk mempromosikan produk kepada orang ramai.
Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Internet banyak membantu di dalam urusan seharian saya terutamanya berkaitan dengan perniagaan secara atas talian. Dengan adanya kemudahan internet secara percuma di Pusat Internet 1Malaysia, ianya dapat membantu saya khususnya di dalam mengembangkan perniagaan secara atas talian.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
Lily Suriani Bt Ghani sedang menghadiri kelas Usahawan di Pusat Internet Pekan Roban
ii) Produk / Hasil Transformasi
Sedang menjual kuih muih seperti donut dan bahulu
iii) Promosi di Media Sosial
Facebook = https://www.facebook.com/lily.suriani.39?fref=ts
Promosi dan tempahan sempena hari raya aidilfitri
Tone Excell
Nama: Nor Hasimi Bin Che Ab Halim
Umur 37 tahun
Latar belakang
Beliau merupakan anak kelahiran Kelantan, dan telah menetap di Sarawak hampir 5 tahun. Baru-baru ini, beliau telah menceburi bidang perniagaan menjual Tone Excel.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan adalah tidak tetap dan dianggarkan sebanyak RM100 sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban, beliau telah dapat menaikan sedikit pendapatan sekitar RM100-RM150
Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet
Mempelajari cara mempromosikan produk tone excel dan cara menggunakan Facebook sebagai medium penyebaran tentang produk.
Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Sebelum ini, saya tidak mengetahui cara melakukan perniagaan secara atas talian sehingalah saya mengetahui kewujudan Pusat Internet yang telah banyak membantu memasarkan produk dan perniagaan saya. Kini, saya telah memahami teknik dan cara mudah untuk mengiklankan Tone Excel secara lebih sistematik.
i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
Nor Hasimi Bin Che Ab Halim sedang menghadiri kelas Usahawan di Pusat Internet Pekan Roban ( En Ghaznawi penolong pengurus menerangakan cara menggunakan Facebook melalui telefon pintar)
ii) Promosi di Media Sosial
Facebook = https://www.facebook.com/profile.php?id=100012424740108&fref=pb&hc_location=profile_browser
Promosi di media sosial facebook
Nama : Muhammad Nurfirdaus Fauzi
Umur : 16 tahun
Latar belakang
Pelajar sekolah SMK kalaka Roban. Telah lama menetap di Roban. Tidak mempunyai banyak pengetahuan ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pada mulanya, beliau tidak tahu cara menggunakan komputer untuk melakukan tugasan sekolah,mencari maklumat untuk kerja sekolah dan tidak tahu cara menggunakan tools yang terdapat pada Microsoft office word 2010.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah mempelajari asas penggunaan internet dan Microsoft word, kini beliau telah tahu cara menggunakannya tanpa perlu dibantu.
Apa yang dipelajari melalui PI1M
Sebelum ini, saya tidak mengetahui cara untuk melayari internet. Sehinggalah saya mempelajarinya di Pusat internet 1Malaysia Pekan Roban. Mereka telah banyak mengajar saya cara untuk mencari maklumat di dalam internet untuk tujuan pembelajaran di sekolah.
Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
Setelah mempelajari cara menggunakan internet, kini saya dapat mencari maklumat berkaitan dengan pembelajaran di sekolah terutamanya bagi subjek yang susah seperti sains dan matematik. Dengan adanya youtube, saya dapat menimba ilmu bukan sahaja di waktu sekolah bahkan di luar waktu sekolah.
i) Bengkel Latihan ICT
Menaip ayat yang telah dipaparkan di skrin LCD
Fokus di dalam pembelajaran