Menjual barangan makanan serta pelbagai jenis alatan keperluan harian.

Nama :  Farah Wahida binti Kamarudin

Umur : 18 Tahun 

 

 

Latar belakang

 

Farah Wahida merupakan seorang lepasan sekolah dan sedang mencari peluang pekerjaan. Beliau berminat untuk menceburi bidang keusahawanan tetapi kekurangan ilmu untuk meneruskannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Beliau hanya menempah barangan secara kecil-kecilan untuk dijual kepada rakan-rakan dan saudara mara.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah menjalani latihan di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban, beliau kini lebih yakin untuk membuat tempahan barangan secara pukal dan tempahan juga semakin meningkat.

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet

Saya telah mempelajari cara-cara untuk memasarkan barangan jualan saya secara dalam talian serta mencetuskan idea untuk kaedah pengiklanan yang berkesan.

 

Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/peningkatan tahap kemahiran ICT

Pusat Internet telah membantu saya meningkatkan hasil jualan kerana di Pusat Internet saya telah didedahkan dengan kaedah pengiklanan yang berkesan. Melalui MyShop, pasaran produk jualan saya menjadi semakin meluas dan ini secara tidak langsung menjadikan saya lebih dikenali dalam kalangan pelanggan di sekitar daerah saya.

 

i ) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

 

                           

 

 

                                 

Farah Wahida ketika menjalani latihan keusahawanan di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban

 

ii ) Produk / Hasil Transformasi

 

 

 

 

Antara produk-produk yang dijual oleh Farah Wahida

 

ii ) Promosi di laman sesawang

 

 

 

  1. Antara iklan produk yang dimuatnaik di laman Dashboard Komuniti (MyShop)

 

 

 

 

 

Nama : Azhim Haikal Hakimi bin Jamri

Umur : 15 Tahun

Alamat : Kampung Alit, 94650 Kabong

 

 

 

Latar belakang

Seorang pelajar SMK Kabong. Berasal dari Kampung Alit dan tidak pernah menghadiri sebarang bentuk latihan berasaskan komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

ICT hanya digunakan secara minimum untuk tujuan menaip tugasan dan mencari serba sedikit maklumat di internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Mula mempelajari fungsi-fungsi yang lebih banyak pada perisian Microsoft Word dan meningkatkan kecekapan menaip. Kini beliau sudah dapat menaip dengan lebih pantas serta mempelbagaikan penggunaan Microsoft Word.

 

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet

Melalui latihan di Pusat Internet, saya kini mengetahui bahawa perisian Microsoft Office boleh dimanfaatkan lebih sekadar untuk menaip. Saya telah mempelajari kaedah untuk mencipta pelbagai jenis dokumen melalui Microsoft Word.

 

Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/peningkatan tahap kemahiran ICT

Setelah tamat latihan, saya sudah mampu mencipta dokumen sendiri tanpa sebarang bantuan, dan pada masa yang sama format dokumen yang dihasilkan juga lebih kemas dan teratur. Ini adalah penting sebagai persediaan saya untuk memasuki alam pekerjaan setelah tamat persekolah nanti.

 

  1. i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

                                

 

                  

 Azhim Haikal Hakimi sedang menjalani latihan ICT di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban.

Menjual pakaian dan aksesori-aksesori untuk para remaja

Nama : Muhammd Aslam Bin Salleh

Umur : 13 Tahun

Latar belakang

 

Muhammad Aslam bin Salleh merupakan seorang pelajar sekolah menengah dan mula berminat untuk menceburi bidang perniagaan pada usia muda.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Sebelum ini, beliau hanya menggunakan kaedah “dropship” untuk mengambil dan menghantar tempahan barangan para pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui latihan di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban, beliau telah berjaya mempelajari kaedah memasarkan barangan jualan sendiri tanpa bergantung kepada pihak ketiga untuk mengendalikan tempahan

 

 

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet

Di Pusat Internet 1Malaysia, saya telah mempelajari cara-cara untuk memasarkan barangan jualan saya secara dalam talian.

Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/peningkatan tahap kemahiran ICT

Melalui aplikasi MyShop sebagai salah satu komponen dalam Dashboard Komuniti, saya kini mengetahui kaedah yang lebih pantas untuk mengiklankan produk jualan di samping membolehkan saya mencari pelanggan sasaran pada lokasi berhampiran dengan lebih mudah.

 

  1. i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Muhammad Aslam ketika menjalani latihan keusahawanan di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban

 

ii) Produk / Hasil Transformasi

 

 

Antara produk-produk yang dijual oleh Muhammad Aslam

 

iii) Promosi di laman sesawang

 

 

 

Antara iklan produk yang dimuatnaik di laman Dashboard Komuniti (MyShop)

Memasarkan produk-produk kraftangan buatan sendiri serta barangan kosmetik untuk wanita.

Nama : Juluie anak Langi

Umur: 24 Tahun

 

 

Latar belakang

 Puan Juluie anak Langi merupakan seorang wanita yang sudah berkeluarga dan bertugas sebagai suri rumah separuh masa. Beliau menjalankan perniagaan barangan kraftangan dan produk kosmetik untuk wanita secara kecil-kecilan.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 Barangan jualan hanya dihebahkan secara verbal kepada kenalan dan jiran-jiran yang menetap di kawasan berhampiran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Produk-produk jualan beliau telah dapat dipasarkan ke lingkungan kawasan yang lebih luas serta menarik lebih ramai individu yang berpotensi sebagai pelanggan

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet

Latihan keusahawanan di Pusat Internet telah menambah pengetahuan saya dalam bidang perniagaan yang pernah dipelajari sebelum ini, terutamanya kaedah pengiklanan yang lebih menarik dan memuat naik iklan-iklan tersebut ke dalam talian.

Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/peningkatan tahap kemahiran ICT

Sebagai seorang surirumah sepenuh masa, saya mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keluarga. Ini mendorong saya untuk mencari kaedah pemasaran produk yang lebih sistematik berbanding sebelum ini, dan sekarang saya berjaya meningkatkan produktiviti jualan saya secara dalam talian melalui aplikasi Myshop.

 

i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

 

 

 

 Puan Juluie ketika menjalani latihan keusahawanan di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Roban

 

ii) Produk / Hasil Transformasi

 

 

 

 

Antara produk-produk yang dijual oleh Puan Juluie

 

iii) Promosi di laman sesawang

 

 

 

 

Antara iklan produk kraftangan dan barangan kosmetik yang dimuatnaik di laman Dashboard Komuniti (MyShop)

 

Nama :Yurisa binti Musa

Umur: 17tahun

No.Tel : 0149499400

Latar belakang 

Seorang lepasan pelajar SMK Kabong. Berasal dari Kabong dan sebelum ini hanya mengikuti kelas-kelas asas komputer di sekolah sahaja.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 Sebelum ini, penggunaan komputer pada beliau hanya terhad kepada mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan-tugasan di sekolah di samping serba sedikit menggunakan laman sosial dan e-mail untuk tujuan perhubungan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau mula mengetahui selok-belok penggunaan aplikasi yang lebih kompleks untuk tujuan pengiraan melalui formula matematik seperti Microsoft Excel. Ini membantu meluaskan skop penggunaan komputer berbanding apa yang beliau ketahui sebelum ini

Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet

Sebelum ini, pengetahuan saya dalam aplikasi-aplikasi yang ada pada Microsoft Office 2010 terhad kepada menaip dokumen sahaja. Setelah mengikuti kursus di Pusat internet 1Malaysia Pekan Roban, saya sudah mengetahui cara yang lebih tepat untuk membuat sebarang dokumen atau kerja-kerja yang melibatkan pengiraan.

 

Bagaimana Pusat Internet membantu perkembangan perniagaan/peningkatan tahap kemahiran ICT

Melalui latihan Microsoft Excel, saya kini mampu menyiapkan dokumen-dokumen penting yang melibatkan jadual, akaun serta carta dan graf dengan lebih efisien dan mudah. Kemahiran ini amat membantu terutamanya bagi golongan lepasan sekolah seperti saya bagi persediaan untuk memasuki alam pekerjaan tidak lama lagi.

i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri